BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 2 Februari 2009

Kmpg Lubuk Kabu.

Assalamualaikum w.b.t

Salam perpaduan utuk semua pembaca.



Bagiku,

Pengalaman merupakan perkara yang paling berharga dalam hidup.

Ini kerana pengalaman mengajar kita erti kehidupan.

Pengalaman mendewasakan kita supaya lebih matang dalam mencorak perjalanan hidup.

Ini kerana supaya kita dapat hidup dengan lebih baik dan teratur.



Pengalaman semasa di Kmpg Lubuk Kabu, Kuala PEgang Kedah sentiasa berada

dalam memoriku.

Mana mungkin dapatku lupakan kerana di sebalik memori itu,

Ianya penuh dengan peristiwa suka dan duka.



Mencari responden untuk tujuan kajian bukan lah perkara yang mudah.

Namun disebabkan sokongan, keprihatinan dan kerjasama penduduk kampung yang positif, baik dan mesra

memudahkan proses kerja ini dilakukan.



Di sebalik tujuan pencarian responden,

Terdapat banyak cerita yang diriku perolehi daripada responden.

Pelbagai kisah suka dan duka kehidupan warga tua sana yang aku perolehi.



Peristiwa penjajahan British, Jepun dan komunis sentiasa bermain di bibir mereka.

Pahit getir kehidupan di kala itu amat memilukan.

Walaupun tidak ditindas secara fizikal sepenuhnya,

Namun kesan pada lahiriahnya amat mendalam.

Mereka hidup dalam ketakutan, kelaparan dan kedaifan.

Kesengsaraan mereka terlerai perlahan demi perlahan apabila menjelang kemerdekaan.

Betapa kemerdekaan Tanah Melayu memberi kesan yang amat besar kepada mereka.

Cerita pengalaman mereka begitu mengharukan jiwa sesiapa sahaja yang mendengar dan memahami erti kemerdekaan.



Selain mendengar pengalaman-pengalaman tentang diri mereka,

aku turut belajar sesuatu yang baru dalam hidupku.

Sesuatu kehidupan dan kebudayaan yang tidak ada di bandar metropolitan ini.

Di sana aku dapat melihat wau dimainkan, gobek untuk menumbuk sireh dan pinang, dan jangat.



Semoga coretan ini membuka mata kita semua erti kehidupan dan pengalaman.

0 ulasan: