BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 28 Disember 2009

Alhamdulillah....



Assalamualaikum.




Alhamdulillah....


Akhirnya setelah lima bulan aku dapat menggugurkan gelaran penganggur terhormat.


14 disember yang lalu aku telah diterima untuk menjadi salah seorang warga pendidik salah sebuah sekolah rendah islam yang terletak di Seremban ni.


Terima kasih buat ayah dan mama yang tak pernah putus asa memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepada aku.








Walaupun tawaran kerja ni dari sektor swasta, aku bersyukur dengan rezeki yang telah di tetapkan.


Alhamdulillah.

Khamis, 19 November 2009

GSTT

Assalamualaikum.

25. Nov.09 ni aku ada temuduga gstt kat ampangan.
bila baca komen2 orang yang dah pernah ditemuduga aku rasa kecut perut.
macam susah jer soalan yang ditanya oleh penemuduga.
Hmm aku akan cuba buat yang terbaik untuk hari rabu ni.
semoga ada rezeki aku dalam bidang pendidikan.

Amin.....

Isnin, 12 Oktober 2009

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum,
Selamat Pengantin Baru buat adikku yang tersayang Nadia bersama pasangannya Rizal.
Moga kalian bahagia hingga akhir hayat.






Saat Di Ijab Kabulkan









kini adikku bergelar seorang isteri






Dua jiwa di raikan bagaikan raja dan permaisurinya.




Memori raja sehari bersama sanak saudara

Pelamin yang ku bina bersama mak cik ku buat mempelai





SELAMAT PENGANTIN BARU










Alhamdulillah







kehidupan baru bermula






Sabtu, 20 Jun 2009


Assalamualaikum.


Hmm dah lama aku tak up date blog ni.

Rasa rindu plak hehehe....


untuk pengetahuan semua rakan-rakanku, aku masih menjasi penganggur terhormat kat rumah,

hmm rasanya belum bersedia untuk menempuhi alam pekerjaan.

Jadi untuk tak membuang masa aku yang dah memang sedia terbuang, aku ambil keputusan untuk mengikiutu kursus perakaunan yang dianjurkan oleh kementerian sumber manusia.


Kursus tu bermula 1hb julai ni.

Apa yang menarik tentang kursus ni ialah pembelajaran adalah secara percuma dan elaun juga diberi. hehehehe


aktiviti aku kat ru,ah plak macam biasa la macam kerja suri rumah yang lain.

Selain tu, aku jugaj jadi pemandu tak bertauliah kepada mak lang aku.

Kalau dia nak pegi kenduri atau menziarahi saudara-mara aku lah pemandunya.

hehehehe


so samapai dini jer la dulu.

lain kali aku sambung lagi k.


jumpa korang semua masa konvo nanti....

Insyaallah.

Rabu, 20 Mei 2009

percaturan bermula

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, akhirnya tesis aku dapat disiapkan walaupun agak lewat.
Terima kasih kepada keluarga dan teman-teman yang banyak memberi sokongan.

hmm sekarang ni bermulalah aku dalam alam baru.
Alam pekerjaan. sebenarnya belum kerja lagi.
Sekarang ni dalam proses mencar dan menunggu jawapan.
hmm semoga aku dapat menempuh alam ni dengan sebaik yang mungkin.
Insyaallah.

sampai sini jer dulu,
ada masa aku akan kemaskini balik blog ni.

Salam.

Ahad, 5 April 2009

cebDermatA dinner Za'ba

Assalamualaikum.



hmm cantik tak candle bunga ros tu???
Bagi aku cantik sngt.
sebab hanya orng yang mempunyai bakat seni jer boleh buat.
kalau suh aku?????
benda ape tah yang jadi.

candle tu aku dapat masa dinner za'ba yang lepas.
sepanjang tiga tahun aku kat sini,
ni kali pertama la dinner kolej yang aku pegi.
hmm boleh tahan n meriah jugak la.
tapi aku n geng za'ba balik awal,
sebab esoknya kitaorang ade kelas.
hmm k la lain kali kita smbg lagi ek...
Salam.
bye2.

buat Keluarga TERCINTA

Daun selasih di tepi hutan,
Ramuan herba nenek kebayan,
Kasih bonda penuh kelembutan,
Kasih ayahda penuh pengertian.


Bulan terang penuh berkasih,
Menerangi malam mainan kalkatu,
Jiwa hamba penuh berkasih,
Kasih buat keluarga nan satu.

Gayut-gayutan monyet belanda,
Bersuka ria dengan si kera,
teguran hamba buat adinda,
tanda cinta kita bersaudara.

Sirih junjung adat tradisi,
Tinggalan moyang zaman berzaman,
Kasih kalian penuh terisi,
Akan ku kenang sepanjang zaman.

Indah berseri bulan mengambang,
Membias cahaya penuh syahdu,
Cintaku sentiasa berkembang,
Tanda keikhlasan penuh padu.

Sabtu, 14 Mac 2009

sOroK baWah KatiL...

Assalamualaikum....



Salam Perpaduan buat pembaca blog Zahratu Al Wirdi.

Hari ni aku nak cerita sikit tempat istirehatku.

Ruang bilik ni tak la besar, tapi bagi aku ia cukup memadai. bilik kalau besar tapi serabut, pening jugak kan?

apa yang paling best dalam bilik ni ek????

Semestinyalah katil doraemon aku ni. Semuanya doraemon. sayang doraemon!!!!!. Dialah Pakwe "saya". hehehehehehehe.... macam budak2kan. tak kisah la yang penting bersih dan aku selesa...

Bila cerita pasal katil teringat aku tentang tabiatku satu masa dulu. Aku paling takut dengar bunyi jet pejuang atau kapal terbang. Setiap kali terdengar bunyi jet pejuang, aku akan lari masuk rumah n menyusup bawah katil. Aku takut bunyi jet pejuang sebab masa tu berita sering siarkan pasal perang saudara yang berlaku di asia barat, yang diketuai Saddam Hussien. so, masa tu aku bayangkan saddam Husien nak serang Malaysia. huhuhuhuhuhu......

walaupun semua perkara tu dah berlalu, tapi aku masih takut dengar bunyi jet pejuang. cuma bezanya sekarang, kalau dengar aku cuma takut dalam hati, dah tak menyusup bawah katil lagi.

hehehehehehehe.......

hmm rasanya cukup la untuk hari ni..

banyak keja yang sedang menanti........

ada masa aku akan tambah entry dalam blog ni.

Insyaallah....

bye2...........sayang u all....

hehehehe gatal la plak. k la bye2

-Salam-









Apa kEistiMewaan wANita??

Assalamualaikum.
Bacaan ini adalah untuk renungan dan ikhtibar buat insan yang bergelar wanita.

“Apakah istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki…”

Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga, kalau kumbang suka kepada

bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik.

Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan2 raya, di pasar raya, di perhentian bas dan

bahkan boleh dikatakan di mana2 ruang dan peluang.

Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud;

“Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu.”

(Hadith riwayat Bauhaqi).

Wanita walau apa pun yg dilakukan akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi, apabila

berbuat jahat diminati, apabila memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksi dilihat menggoda,

dan pelbagai lagi menarik perhatian.

Oleh sebab itu Allah swt mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum

melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak berbuat jahat dia akan memikirkan kalau2 ada orang yg akan nampak, hendak

mendedahkan aurat dia takut kalau orang mengganggunya dan hendak berjalan seorang dia takut kalau ada orang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yg boleh membantu dlm tindak tanduk seorang wanita. Tetapi kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka

tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tidak kisah kalau orang mengganggu

dan mengusik, bahkan mereka merasa senang, seronok dan bahagia apabila dlm keadaan sebegitu.

Dalam sebuh hadith riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud;

“Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu.” Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok

akhlak yg mulia dan budi pekerti yg terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syariat, malah neraca

akal pun sudah mengakui malu sebagai satu sifat yg perlu ada dlm diri manusia.

Barangkali wanita hari ini kebanyakannya tidak tahu malu atau kurang malu. Atas sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja

dosa dan maksiat. Atau barangkali sifat malu yg dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian

bererti kurangnya iman di dada mereka. Jelasnya mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah, dan tidak

cintakan syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yg bakal Allah timpakan ke atas mereka.

Apabila kurangnya iman di dada, maka sifat malu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yg tidak boleh dinafikan,
buktinya boleh dilihat dimana2 sahaja. Melalui media cetak, media elektronik dan bahkan dihadapan mata kita sendiri berbagai

ragam kemungkaran berlaku tidak terkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayang…wanita yg sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki, menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malu tidak

berfungsi sepenuhnya.Tetapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya, tentulah mereka akan berpakaian

sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yg

selalu menimpa kaum wanita.

Sesungguhnya setiap insan itu pasti melakukan kesalahan…dan sebaik2 manusia yg melakukan kesalahan adalah mereka yg bertaubat.

Jumaat, 27 Februari 2009

cerita cereka..

Assalamualaikum.....



Hari ini nak cerita sikit pasal Opah... opah yang dimaksudkan tu coursemate sy.

Seronok sangat tengok opah gembira. excted dia nak jumpa teman istimewa tu.

Kami cucu dia ni.... tertanya-tanya sape la teman istimewa dia.

Hmm opah.... moga kasihmu berpanjangan...



Sunyi jugak takde opah,

Tapi ada poh seng yang memeriahkan suasana antara kami.

Kesian kami opah, ditinggalkan opah.

huhuhuhuhuhuhuhu



farihah, kema n poh seng......

apa kita buat ni????

sembang plak....

jom smbg discussn.



huii banyaknya xsigment...

mana satu nak buat ni????



stilistik....

dialektologi.....

linguistik komputer.....

seni budaya......



waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

banyaknya
tolong kami opah...............


...end...







Assalamualaikum W.B.T..
Salam perpaduan buat semua pembaca.

Hari ni aku ingin meluahkan rasa kecewa terhadap golongan umat islam yang tak menghargai masa. Hari ini aku ke bandar kajang menemani tamanku untuk membeli barang keperluan. Semasa di Kajang aku melihat begitu ramai pelajar sekolah yang berpeleseran di Metro Kajang. Hmm tu takpe la lagi tapi yang peliknya ramai betul orang lelaki muslim yang ada kat situ? Peliknya, detik hatiku. Bukan ke sepatutnya mereka perlu berada di masjid???

Hmm apa dah jadi?
Tak takut mereka dengan azab kat sana nanti atau mereka semua ni UZUR jugak macam perempuan????????
Tak malu ke diorang pada Allah Dan Masyarakat sekeliling????

lagi satu kes yang amat memalukan,
aku tengok budak perempuan merokok.
Hmm sudah la bertudung, merokok pula di khalayak ramai....
Apa nak jadi la dengan budak2 zaman sekarang ni...

Macam mana la penganut lain nak menghormati umat islam kalau umat islam sendiri tak bertanggungjawab terhadap agamanya?
Sama2 la kita fikirkan.
Sesungguhnya yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari diri saya sendiri.

Wassalam.

Khamis, 19 Februari 2009

Siapa Diri???







Siapakah orang yang sombong –
-Orang yg sombong adalah orang yg di beri penghidupan tapi tidak mau sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yg ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya
-Orang yg telah mati hatinya adalah orang yg diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikkan namun merasa tidak ada apa-apa kesan didalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya
- Orang yg dunggu kepala otaknya adalah orang yg tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yg kuat
- Orang yg kuat adalah orang yg dapat menahan> kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

Siapakah orang yg lemah
- Orang yang lemah adalah orang yg melihat akan> kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil
- Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yg berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta
- Orang yg buta adalah orang yg tidak mahu membaca dan meniliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli
-Orang yg tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yg baik namun tidak di endahkannya.

Siapakah orang yang sibuk
-Orang yg sibuk adalah orang yg tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yg manis senyumanya
- Orang yg mempunyai senyuman yg manis adalah orang yg di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini". ,sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yg menangis airmata mutiara
-Orang yg menangis airmata mutiara adalah orang-orang yg sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yg kaya
-Orang yang kaya adalah orang yg bersyukur dengan apa yang ada dan tidak alpa akan kenikmatan dunia yg sementara ini.

Siapakah orang yg miskin
-Orang yg miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yg ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yg pandai
- Orang yg pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yg bodoh
-Orang yg bodoh adalah orang yg beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunia nya sedangkan akhiratnya di abaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya
-Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yg mundur hidupnya
-Orang yg mundur dalam hidupnya adalah orang yg tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu
-Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saje yg memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yg rugi
-Orang yg rugi adalah orang yg sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yg selalu di tipu
-Orang yg selalu di tipu adalah orang muda yg menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yg paling cantik
-Orang yg paling cantik adalah orang yg mempunyai akhlak yg baik.

Siapakah orang yg mempunyai rumah yg paling luas
-Orang yg mempunyai rumah yg paling luas adalah orang yg mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yg mempunyai rumah yg sempit lagi di himpit
-Orang yg mempunyai rumah yg sempit adalah orang yg mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yg mempunyai akal
- Orang yg mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa> neraka.

Siapakah orang yg tidak berakal
-Orang yg tidak berakal adalah orang-orang yg menghuni neraka kerana sekiranya mereka di dunia dahulu mengunakan akal mereka bahawa neraka itu tempat azab dan seksa tentu mereka tidak mahu akan masuk neraka.

Selasa, 17 Februari 2009

jAtUh CiNtA....


Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...

Anda mengetahui yg anda merindui seseorang apabila jantung anda berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.

Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.

Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi; jangan terlalu sedih ... terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah membahagiakan kamu.

Ulasan: Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda, dia akan kembali.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu, jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang yang menyayangi kita. yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali; mungkin tiada lagi peluang kedua.

Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia; jangan biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu; atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja.

Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2 bahagia. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu, "Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi saya berlalu begitu sahaja."

Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankannya.

Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal mengingatkannya. Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau diamana sahaja anda berada.

Ulasan: Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar2 anda sayangi. Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.

Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yg kita sayangi itu terkecuali daripada standard itu.

Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang berbaik untuk diri kita. tetapi, sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan berusaha bersama. ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.

Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yg bertuah.

Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.

Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. pertama, kita bermain ikut peraturannya. kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.

Ulasan: kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia mempercayai anda dahulu. yakin terhadap diri sendiri dan pasangan anda. jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu terhadap mereka.

Apa kata seseorang memberitahu anda ini: saya tidak percaya dengan courtship(mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma membuang masa sahaja.Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pengecualian bagi anda, jika anda mencintai saya, saya akan 'court'(sentiasa cuba memenangi) anda selamanya

Ulasan: Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya.

Terdapat cinta pandang pertama,tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi menyedarinya;merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita daripadanya apabila berjauhan... Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.

Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan

Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya,anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayang/cintai selamanya. Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.

Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di pihak mereka.

Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.

Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda, dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.

Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk,jangan ragui tujuan mereka kerana keihlasan itu dapat dirasai dalam hati.

Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari. Apabila anda bercinta, - ia bukan 'passport' untuk anda difahami;tetapi untuk anda memahami.- ia bukan 'passport' untuk anda mengambil itu dan ini; tetapi untuk anda diambil. - ia adalah untuk anda mendengar; bukan supaya anda didengar. - ia adalah untuk anda berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk anda meminta itu dan ini. - ia bukan untuk anda berkira2 atau mengukur; tetapi untuk anda mencintai.

Ahad, 15 Februari 2009

AL-IKHLAS


Assalamualaikum w.b.t.

Salam Perpaduan.


Bismillah...

'Au zubillah himinasyaitan nirrajim’
tafsirannya: Aku berlindung dengan Allah daripada
syaitan yang telah dikutuk oleh Allah

Bacalah ayat ini sebelum anda lakukan apa sahaja kerana dengan bacaan ini akan keluar iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat diatas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lam yalid walamyu-lad. Walam yakul lahukufuwan ahad.) sebanyak 3 kali. Masuklah rumah
dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang dirumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan
sukar untuk menjawab salam malaikat tersebut.Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :“Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah SaiyidinaUmmar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk khatam Qur'an dalam begitu cepat.



Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.
Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Ini kerana Rasulullah SAW pernah berkata bahawa membaca surah Al-Ikhlas ganjarannya
sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali, khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz Al-Quran.


Oleh itu, marilah kita beramal dengan apa yang di pesankan.


Sesungguhnya yang buruk itu datang dari saya sendiri yang baik itu dari Allah S.W.T..


WASSALAM.........

Rabu, 4 Februari 2009


Assalamulaikum w.b.t.

Hari ini aku hendak berkongsi ilmu dengan pembaca blog zahratu alwirdi.
Ianya menegenai rahsia lima jari.

RAHSIA 5 JARI
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari
anda yang lima. Cuba perhatikan perahan-lahan jari anda. Luruskan
ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan
solat lima waktu jangan diabaikan. Kemudian lekapkan jari itu di
atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil
dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada
kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan
alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada
kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada
rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang
besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan
usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah
lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan
berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja
menjengah diri. Awas!! Didibelenggu dengan pelbagai cabaran dan
dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia
ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah
dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.
Bersediakah anda??

Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu
namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah.
Diperingkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan
identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh.
Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak
"hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki,
hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu
lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap
nafsu dan syaitan.

Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan. Kita beralih
kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya
Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari
ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan
tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil
sebagao model kepada generasi baru dan pembimbing yg kaya dengan
idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi
Menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya
membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata
orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada,semua urusan
berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua
atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi,
nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam
semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan
anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima.
Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???..


w'salam.

Selasa, 3 Februari 2009

Ragam Manusia









Assalamualaikum w.b.t




Hari ni topik perbicaraan yang cuba aku ketengahkan adalah mengenai isu ragam manusia.




Manusia ni punyai banyak ragam.


Ada yang mudah menangis, panas baran, tenang dan sebagainya.


Di kala kita gembira, hidup dalam keadaan yang tenang ada manusia lain yang menderita.


Hidup penuh penderitaan, kesengsaraan dan ketakutan.


Hidup mereka bagaikan orang pelarian yang berada di negara asing. Namun yang nyata, mereka pelarian dalam tanah iar sendiri.


Kita hidup dalam suasana yang penuh kemewahan tapi semangat dan jiwa kita sentiasa lemah.


kita tak pernah rasa puas dan bersyukur tapi kita sentiasa mengeluh dengan apa yang kita ada.


Mereka hidup dalam penindasan namun jiwa dan semangat mereka sangat kental.


Perlukah kita mengorbankan nyawa dan negara untuk menyedarkan diri kita yang kian lena akibat terlalu selesa???????????????????


RENUNGKAN














Isnin, 2 Februari 2009

Kmpg Lubuk Kabu.

Assalamualaikum w.b.t

Salam perpaduan utuk semua pembaca.



Bagiku,

Pengalaman merupakan perkara yang paling berharga dalam hidup.

Ini kerana pengalaman mengajar kita erti kehidupan.

Pengalaman mendewasakan kita supaya lebih matang dalam mencorak perjalanan hidup.

Ini kerana supaya kita dapat hidup dengan lebih baik dan teratur.



Pengalaman semasa di Kmpg Lubuk Kabu, Kuala PEgang Kedah sentiasa berada

dalam memoriku.

Mana mungkin dapatku lupakan kerana di sebalik memori itu,

Ianya penuh dengan peristiwa suka dan duka.



Mencari responden untuk tujuan kajian bukan lah perkara yang mudah.

Namun disebabkan sokongan, keprihatinan dan kerjasama penduduk kampung yang positif, baik dan mesra

memudahkan proses kerja ini dilakukan.



Di sebalik tujuan pencarian responden,

Terdapat banyak cerita yang diriku perolehi daripada responden.

Pelbagai kisah suka dan duka kehidupan warga tua sana yang aku perolehi.



Peristiwa penjajahan British, Jepun dan komunis sentiasa bermain di bibir mereka.

Pahit getir kehidupan di kala itu amat memilukan.

Walaupun tidak ditindas secara fizikal sepenuhnya,

Namun kesan pada lahiriahnya amat mendalam.

Mereka hidup dalam ketakutan, kelaparan dan kedaifan.

Kesengsaraan mereka terlerai perlahan demi perlahan apabila menjelang kemerdekaan.

Betapa kemerdekaan Tanah Melayu memberi kesan yang amat besar kepada mereka.

Cerita pengalaman mereka begitu mengharukan jiwa sesiapa sahaja yang mendengar dan memahami erti kemerdekaan.



Selain mendengar pengalaman-pengalaman tentang diri mereka,

aku turut belajar sesuatu yang baru dalam hidupku.

Sesuatu kehidupan dan kebudayaan yang tidak ada di bandar metropolitan ini.

Di sana aku dapat melihat wau dimainkan, gobek untuk menumbuk sireh dan pinang, dan jangat.



Semoga coretan ini membuka mata kita semua erti kehidupan dan pengalaman.