BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 14 Mac 2009

sOroK baWah KatiL...

Assalamualaikum....



Salam Perpaduan buat pembaca blog Zahratu Al Wirdi.

Hari ni aku nak cerita sikit tempat istirehatku.

Ruang bilik ni tak la besar, tapi bagi aku ia cukup memadai. bilik kalau besar tapi serabut, pening jugak kan?

apa yang paling best dalam bilik ni ek????

Semestinyalah katil doraemon aku ni. Semuanya doraemon. sayang doraemon!!!!!. Dialah Pakwe "saya". hehehehehehehe.... macam budak2kan. tak kisah la yang penting bersih dan aku selesa...

Bila cerita pasal katil teringat aku tentang tabiatku satu masa dulu. Aku paling takut dengar bunyi jet pejuang atau kapal terbang. Setiap kali terdengar bunyi jet pejuang, aku akan lari masuk rumah n menyusup bawah katil. Aku takut bunyi jet pejuang sebab masa tu berita sering siarkan pasal perang saudara yang berlaku di asia barat, yang diketuai Saddam Hussien. so, masa tu aku bayangkan saddam Husien nak serang Malaysia. huhuhuhuhuhu......

walaupun semua perkara tu dah berlalu, tapi aku masih takut dengar bunyi jet pejuang. cuma bezanya sekarang, kalau dengar aku cuma takut dalam hati, dah tak menyusup bawah katil lagi.

hehehehehehehe.......

hmm rasanya cukup la untuk hari ni..

banyak keja yang sedang menanti........

ada masa aku akan tambah entry dalam blog ni.

Insyaallah....

bye2...........sayang u all....

hehehehe gatal la plak. k la bye2

-Salam-









Apa kEistiMewaan wANita??

Assalamualaikum.
Bacaan ini adalah untuk renungan dan ikhtibar buat insan yang bergelar wanita.

“Apakah istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki…”

Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga, kalau kumbang suka kepada

bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik.

Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan2 raya, di pasar raya, di perhentian bas dan

bahkan boleh dikatakan di mana2 ruang dan peluang.

Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.

Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud;

“Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu.”

(Hadith riwayat Bauhaqi).

Wanita walau apa pun yg dilakukan akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi, apabila

berbuat jahat diminati, apabila memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksi dilihat menggoda,

dan pelbagai lagi menarik perhatian.

Oleh sebab itu Allah swt mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum

melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak berbuat jahat dia akan memikirkan kalau2 ada orang yg akan nampak, hendak

mendedahkan aurat dia takut kalau orang mengganggunya dan hendak berjalan seorang dia takut kalau ada orang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yg boleh membantu dlm tindak tanduk seorang wanita. Tetapi kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka

tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tidak kisah kalau orang mengganggu

dan mengusik, bahkan mereka merasa senang, seronok dan bahagia apabila dlm keadaan sebegitu.

Dalam sebuh hadith riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud;

“Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu.” Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok

akhlak yg mulia dan budi pekerti yg terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syariat, malah neraca

akal pun sudah mengakui malu sebagai satu sifat yg perlu ada dlm diri manusia.

Barangkali wanita hari ini kebanyakannya tidak tahu malu atau kurang malu. Atas sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja

dosa dan maksiat. Atau barangkali sifat malu yg dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian

bererti kurangnya iman di dada mereka. Jelasnya mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah, dan tidak

cintakan syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yg bakal Allah timpakan ke atas mereka.

Apabila kurangnya iman di dada, maka sifat malu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yg tidak boleh dinafikan,
buktinya boleh dilihat dimana2 sahaja. Melalui media cetak, media elektronik dan bahkan dihadapan mata kita sendiri berbagai

ragam kemungkaran berlaku tidak terkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayang…wanita yg sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki, menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malu tidak

berfungsi sepenuhnya.Tetapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya, tentulah mereka akan berpakaian

sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yg

selalu menimpa kaum wanita.

Sesungguhnya setiap insan itu pasti melakukan kesalahan…dan sebaik2 manusia yg melakukan kesalahan adalah mereka yg bertaubat.