Assalamualaikum W.B.T..
Salam perpaduan buat semua pembaca.
Hari ni aku ingin meluahkan rasa kecewa terhadap golongan umat islam yang tak menghargai masa. Hari ini aku ke bandar kajang menemani tamanku untuk membeli barang keperluan. Semasa di Kajang aku melihat begitu ramai pelajar sekolah yang berpeleseran di Metro Kajang. Hmm tu takpe la lagi tapi yang peliknya ramai betul orang lelaki muslim yang ada kat situ? Peliknya, detik hatiku. Bukan ke sepatutnya mereka perlu berada di masjid???
Hmm apa dah jadi?
Tak takut mereka dengan azab kat sana nanti atau mereka semua ni UZUR jugak macam perempuan????????
Tak malu ke diorang pada Allah Dan Masyarakat sekeliling????
lagi satu kes yang amat memalukan,
aku tengok budak perempuan merokok.
Hmm sudah la bertudung, merokok pula di khalayak ramai....
Apa nak jadi la dengan budak2 zaman sekarang ni...
Macam mana la penganut lain nak menghormati umat islam kalau umat islam sendiri tak bertanggungjawab terhadap agamanya?
Sama2 la kita fikirkan.
Sesungguhnya yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari diri saya sendiri.
Wassalam.
Jumaat, 27 Februari 2009
Dicatat oleh nurulfarihah di 6:42 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan