
Assalamulaikum w.b.t.
Hari ini aku hendak berkongsi ilmu dengan pembaca blog zahratu alwirdi.
Ianya menegenai rahsia lima jari.
RAHSIA 5 JARI
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari
anda yang lima. Cuba perhatikan perahan-lahan jari anda. Luruskan
ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan
solat lima waktu jangan diabaikan. Kemudian lekapkan jari itu di
atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil
dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada
kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan
alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada
kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada
rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang
besar pada masa hadapan.
Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan
usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah
lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan
berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja
menjengah diri. Awas!! Didibelenggu dengan pelbagai cabaran dan
dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia
ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah
dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.
Bersediakah anda??
Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu
namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah.
Diperingkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan
identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh.
Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak
"hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki,
hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu
lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap
nafsu dan syaitan.
Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan. Kita beralih
kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya
Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari
ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan
tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil
sebagao model kepada generasi baru dan pembimbing yg kaya dengan
idea bernas dan minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi
Menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya
membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata
orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada,semua urusan
berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua
atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi,
nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam
semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan
anda.
Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima.
Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???..
w'salam.