

Kita sering mahukan hari yang CERAH, ttp Allah lbh mengetahuihkikatnya HUJAN prlu diturunkan. Kita sering inginkan KESERONOKAN jauh sekali KESUSAHAN...ttp Allah lbh mengtahuiKESUSAHAN itulah yang mengajar erti KEHIDUPAN. Kita sering inginkan KETENANGAN hakikatnya jiwa insan pnh dgn DOSA & KEJAHATAN. ttp mnusia tdk dpt laridrpd KESILAPAN. Semua itu bukan Hukuman, ttp sbgai tanda KASIH & SAYANG Allah agar kita lebih BERIMAN.
Assalamualaikum.
25. Nov.09 ni aku ada temuduga gstt kat ampangan.
bila baca komen2 orang yang dah pernah ditemuduga aku rasa kecut perut.
macam susah jer soalan yang ditanya oleh penemuduga.
Hmm aku akan cuba buat yang terbaik untuk hari rabu ni.
semoga ada rezeki aku dalam bidang pendidikan.
Amin.....
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, akhirnya tesis aku dapat disiapkan walaupun agak lewat.
Terima kasih kepada keluarga dan teman-teman yang banyak memberi sokongan.
hmm sekarang ni bermulalah aku dalam alam baru.
Alam pekerjaan. sebenarnya belum kerja lagi.
Sekarang ni dalam proses mencar dan menunggu jawapan.
hmm semoga aku dapat menempuh alam ni dengan sebaik yang mungkin.
Insyaallah.
sampai sini jer dulu,
ada masa aku akan kemaskini balik blog ni.
Salam.
Assalamualaikum....
Salam Perpaduan buat pembaca blog Zahratu Al Wirdi.
Hari ni aku nak cerita sikit tempat istirehatku.
Ruang bilik ni tak la besar, tapi bagi aku ia cukup memadai. bilik kalau besar tapi serabut, pening jugak kan?
apa yang paling best dalam bilik ni ek????
Semestinyalah katil doraemon aku ni. Semuanya doraemon. sayang doraemon!!!!!. Dialah Pakwe "saya". hehehehehehehe.... macam budak2kan. tak kisah la yang penting bersih dan aku selesa...
Bila cerita pasal katil teringat aku tentang tabiatku satu masa dulu. Aku paling takut dengar bunyi jet pejuang atau kapal terbang. Setiap kali terdengar bunyi jet pejuang, aku akan lari masuk rumah n menyusup bawah katil. Aku takut bunyi jet pejuang sebab masa tu berita sering siarkan pasal perang saudara yang berlaku di asia barat, yang diketuai Saddam Hussien. so, masa tu aku bayangkan saddam Husien nak serang Malaysia. huhuhuhuhuhu......
walaupun semua perkara tu dah berlalu, tapi aku masih takut dengar bunyi jet pejuang. cuma bezanya sekarang, kalau dengar aku cuma takut dalam hati, dah tak menyusup bawah katil lagi.
hehehehehehehe.......
hmm rasanya cukup la untuk hari ni..
banyak keja yang sedang menanti........
ada masa aku akan tambah entry dalam blog ni.
Insyaallah....
bye2...........sayang u all....
hehehehe gatal la plak. k la bye2
-Salam-
Assalamualaikum.
Bacaan ini adalah untuk renungan dan ikhtibar buat insan yang bergelar wanita.
“Apakah istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki…”
Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga, kalau kumbang suka kepada
bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik.
Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan2 raya, di pasar raya, di perhentian bas dan
bahkan boleh dikatakan di mana2 ruang dan peluang.
Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.
Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud;
“Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu.”
(Hadith riwayat Bauhaqi).
Wanita walau apa pun yg dilakukan akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi, apabila
berbuat jahat diminati, apabila memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksi dilihat menggoda,
dan pelbagai lagi menarik perhatian.
Oleh sebab itu Allah swt mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum
melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak berbuat jahat dia akan memikirkan kalau2 ada orang yg akan nampak, hendak
mendedahkan aurat dia takut kalau orang mengganggunya dan hendak berjalan seorang dia takut kalau ada orang mengusiknya.
Begitulah peranan malu yg boleh membantu dlm tindak tanduk seorang wanita. Tetapi kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka
tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tidak kisah kalau orang mengganggu
dan mengusik, bahkan mereka merasa senang, seronok dan bahagia apabila dlm keadaan sebegitu.
Dalam sebuh hadith riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud;
“Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu.” Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok
akhlak yg mulia dan budi pekerti yg terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syariat, malah neraca
akal pun sudah mengakui malu sebagai satu sifat yg perlu ada dlm diri manusia.
Barangkali wanita hari ini kebanyakannya tidak tahu malu atau kurang malu. Atas sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja
dosa dan maksiat. Atau barangkali sifat malu yg dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian
bererti kurangnya iman di dada mereka. Jelasnya mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah, dan tidak
cintakan syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yg bakal Allah timpakan ke atas mereka.
Apabila kurangnya iman di dada, maka sifat malu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yg tidak boleh dinafikan,
buktinya boleh dilihat dimana2 sahaja. Melalui media cetak, media elektronik dan bahkan dihadapan mata kita sendiri berbagai
ragam kemungkaran berlaku tidak terkecuali dilakukan oleh wanita.
Sayang…wanita yg sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki, menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malu tidak
berfungsi sepenuhnya.Tetapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya, tentulah mereka akan berpakaian
sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yg
selalu menimpa kaum wanita.
Sesungguhnya setiap insan itu pasti melakukan kesalahan…dan sebaik2 manusia yg melakukan kesalahan adalah mereka yg bertaubat.
Assalamualaikum W.B.T..
Salam perpaduan buat semua pembaca.
Hari ni aku ingin meluahkan rasa kecewa terhadap golongan umat islam yang tak menghargai masa. Hari ini aku ke bandar kajang menemani tamanku untuk membeli barang keperluan. Semasa di Kajang aku melihat begitu ramai pelajar sekolah yang berpeleseran di Metro Kajang. Hmm tu takpe la lagi tapi yang peliknya ramai betul orang lelaki muslim yang ada kat situ? Peliknya, detik hatiku. Bukan ke sepatutnya mereka perlu berada di masjid???
Hmm apa dah jadi?
Tak takut mereka dengan azab kat sana nanti atau mereka semua ni UZUR jugak macam perempuan????????
Tak malu ke diorang pada Allah Dan Masyarakat sekeliling????
lagi satu kes yang amat memalukan,
aku tengok budak perempuan merokok.
Hmm sudah la bertudung, merokok pula di khalayak ramai....
Apa nak jadi la dengan budak2 zaman sekarang ni...
Macam mana la penganut lain nak menghormati umat islam kalau umat islam sendiri tak bertanggungjawab terhadap agamanya?
Sama2 la kita fikirkan.
Sesungguhnya yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari diri saya sendiri.
Wassalam.
Assalamualaikum w.b.t
Hari ni topik perbicaraan yang cuba aku ketengahkan adalah mengenai isu ragam manusia.
Manusia ni punyai banyak ragam.
Ada yang mudah menangis, panas baran, tenang dan sebagainya.
Di kala kita gembira, hidup dalam keadaan yang tenang ada manusia lain yang menderita.
Hidup penuh penderitaan, kesengsaraan dan ketakutan.
Hidup mereka bagaikan orang pelarian yang berada di negara asing. Namun yang nyata, mereka pelarian dalam tanah iar sendiri.
Kita hidup dalam suasana yang penuh kemewahan tapi semangat dan jiwa kita sentiasa lemah.
kita tak pernah rasa puas dan bersyukur tapi kita sentiasa mengeluh dengan apa yang kita ada.
Mereka hidup dalam penindasan namun jiwa dan semangat mereka sangat kental.
Perlukah kita mengorbankan nyawa dan negara untuk menyedarkan diri kita yang kian lena akibat terlalu selesa???????????????????
RENUNGKAN
Assalamualaikum w.b.t
Salam perpaduan utuk semua pembaca.
Bagiku,
Pengalaman merupakan perkara yang paling berharga dalam hidup.
Ini kerana pengalaman mengajar kita erti kehidupan.
Pengalaman mendewasakan kita supaya lebih matang dalam mencorak perjalanan hidup.
Ini kerana supaya kita dapat hidup dengan lebih baik dan teratur.
Pengalaman semasa di Kmpg Lubuk Kabu, Kuala PEgang Kedah sentiasa berada
dalam memoriku.
Mana mungkin dapatku lupakan kerana di sebalik memori itu,
Ianya penuh dengan peristiwa suka dan duka.
Mencari responden untuk tujuan kajian bukan lah perkara yang mudah.
Namun disebabkan sokongan, keprihatinan dan kerjasama penduduk kampung yang positif, baik dan mesra
memudahkan proses kerja ini dilakukan.
Di sebalik tujuan pencarian responden,
Terdapat banyak cerita yang diriku perolehi daripada responden.
Pelbagai kisah suka dan duka kehidupan warga tua sana yang aku perolehi.
Peristiwa penjajahan British, Jepun dan komunis sentiasa bermain di bibir mereka.
Pahit getir kehidupan di kala itu amat memilukan.
Walaupun tidak ditindas secara fizikal sepenuhnya,
Namun kesan pada lahiriahnya amat mendalam.
Mereka hidup dalam ketakutan, kelaparan dan kedaifan.
Kesengsaraan mereka terlerai perlahan demi perlahan apabila menjelang kemerdekaan.
Betapa kemerdekaan Tanah Melayu memberi kesan yang amat besar kepada mereka.
Cerita pengalaman mereka begitu mengharukan jiwa sesiapa sahaja yang mendengar dan memahami erti kemerdekaan.
Selain mendengar pengalaman-pengalaman tentang diri mereka,
aku turut belajar sesuatu yang baru dalam hidupku.
Sesuatu kehidupan dan kebudayaan yang tidak ada di bandar metropolitan ini.
Di sana aku dapat melihat wau dimainkan, gobek untuk menumbuk sireh dan pinang, dan jangat.
Semoga coretan ini membuka mata kita semua erti kehidupan dan pengalaman.