BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 24 Jun 2010

PERGINYA TAK KEMBALI LAGI...

Pertama kali terpandang akan wajahnya, hatiku begitu tertarik.
wajahnya, gayanya mengingatkan aku kepada insan yang dekat di hatiku.
Ku cuba mendekatinya. Ku cuba mengenali dirinya.
Semakin lama aku mengenalinya, semakin aku bertambah sayang kepadanya.
Dia seorang insan biasa, berperwatakan sederhana dan juga pemalu orangnya.
Tidak dia pedulikan kata manusia yang mengejeknya, kerana dia mempunyai dunianya yang tersendiri.

Di suatu petang, aku menerima satu khabar yang menghambat hati,
aku seumpama berada dalam satu dunia yang cuba ku nafikan.

Mesej Masuk:
"Nurul, Nur Auni Athirah dah meninggal dunia jumaat lepas"

Dia yang ku maksudkan adalah Auni. Auni merupakan salah seorang anak muridku. Merapatkan diriku dengan Auni adalah kerana rupa, bentu badannya dan gayanya sama seperti adikku Fatin. Malahan mereka berdua dilahirkan pada tahun yang sama.
Pemergian Auni dari dunia fana ini, benar-benar memberi kesan terhadap diriku. aku merasakan kehilangan seorang adik kandung.

Setiap kali kaki ini melangkah masuk ke kelas 4 Ar-Razi, diriku sentiasa terkenang akan dirinya di suatu masa dulu. Hari ini, di akhir jadual pembelajaran, aku dikehendaki untuk memantau perjalanan aktiviti solat para pelajar. Ketika aku di tepi jendela, terkenang aku akan Auni. Diriku terkenang akan saat-saat dulu ketika dirinya memakai sarung kaki dan bersiap sedia untuk menunaikan solat....

Walaupun telah tiga minggu Auni pergi, aku sentiasa merasakan dia sentiasa berada dekat di sisiku. Doaku, moga Auni tenang berada di tempat yang baru dan berada di kalangan mereka yang beriman.

AL-FATIHAH...

0 ulasan: