Jika ada sesiapa yang meminta CINTAmu......
Katakanlah ianya hanya untuk ALLAh....
Jika ada sesiapa yang meminta KASIHmu.......
Katakanlah ianya hanya ada pada RASULULLAH.....
Jika ada sesiapa yang meminta RINDU dan SAYANGmu......
Katakanlah ianya hanya untuk IBU & AYAH.....
Jika ada sesiapa yang meminta HATImu........
Maka katakanlah ianya hanya untuk insan yang benar-benar MENGHARGAInya.
Jumaat, 1 Oktober 2010
ciNta
Rabu, 29 September 2010
Khamis, 24 Jun 2010
PERGINYA TAK KEMBALI LAGI...
Pertama kali terpandang akan wajahnya, hatiku begitu tertarik.
wajahnya, gayanya mengingatkan aku kepada insan yang dekat di hatiku.
Ku cuba mendekatinya. Ku cuba mengenali dirinya.
Semakin lama aku mengenalinya, semakin aku bertambah sayang kepadanya.
Dia seorang insan biasa, berperwatakan sederhana dan juga pemalu orangnya.
Tidak dia pedulikan kata manusia yang mengejeknya, kerana dia mempunyai dunianya yang tersendiri.
Di suatu petang, aku menerima satu khabar yang menghambat hati,
aku seumpama berada dalam satu dunia yang cuba ku nafikan.
Mesej Masuk:
"Nurul, Nur Auni Athirah dah meninggal dunia jumaat lepas"
Dia yang ku maksudkan adalah Auni. Auni merupakan salah seorang anak muridku. Merapatkan diriku dengan Auni adalah kerana rupa, bentu badannya dan gayanya sama seperti adikku Fatin. Malahan mereka berdua dilahirkan pada tahun yang sama.
Pemergian Auni dari dunia fana ini, benar-benar memberi kesan terhadap diriku. aku merasakan kehilangan seorang adik kandung.
Setiap kali kaki ini melangkah masuk ke kelas 4 Ar-Razi, diriku sentiasa terkenang akan dirinya di suatu masa dulu. Hari ini, di akhir jadual pembelajaran, aku dikehendaki untuk memantau perjalanan aktiviti solat para pelajar. Ketika aku di tepi jendela, terkenang aku akan Auni. Diriku terkenang akan saat-saat dulu ketika dirinya memakai sarung kaki dan bersiap sedia untuk menunaikan solat....
Walaupun telah tiga minggu Auni pergi, aku sentiasa merasakan dia sentiasa berada dekat di sisiku. Doaku, moga Auni tenang berada di tempat yang baru dan berada di kalangan mereka yang beriman.
Isnin, 22 Mac 2010
Terima Kasih....
Alhamdulillah........
Akhirnya dapat juga aku habiskan kerja-kerja menanda
kertas peperiksaan sebelum buka sekolah.
Tapi kerja-kerja tu bukan aku sorang jer yang buat,
mak dengan adik aku fatin pun tolong tandakan kertas anak-anak murid aku.
hmm nak harap aku sorang, rasanya entah bilalah siap.
Terima kasih buat mak dan adik tersayang yang telah bersusah payah membantu.
Cukup bulan, kakak belanja Ok!
Huhuhuhuhu
Isnin, 28 Disember 2009
Alhamdulillah....


Khamis, 19 November 2009
GSTT
Assalamualaikum.
25. Nov.09 ni aku ada temuduga gstt kat ampangan.
bila baca komen2 orang yang dah pernah ditemuduga aku rasa kecut perut.
macam susah jer soalan yang ditanya oleh penemuduga.
Hmm aku akan cuba buat yang terbaik untuk hari rabu ni.
semoga ada rezeki aku dalam bidang pendidikan.
Amin.....