Alhamdulillah........
Akhirnya dapat juga aku habiskan kerja-kerja menanda
kertas peperiksaan sebelum buka sekolah.
Tapi kerja-kerja tu bukan aku sorang jer yang buat,
mak dengan adik aku fatin pun tolong tandakan kertas anak-anak murid aku.
hmm nak harap aku sorang, rasanya entah bilalah siap.
Terima kasih buat mak dan adik tersayang yang telah bersusah payah membantu.
Cukup bulan, kakak belanja Ok!
Huhuhuhuhu
Isnin, 22 Mac 2010
Terima Kasih....
Isnin, 28 Disember 2009
Alhamdulillah....
Assalamualaikum.
Alhamdulillah....
Akhirnya setelah lima bulan aku dapat menggugurkan gelaran penganggur terhormat.
14 disember yang lalu aku telah diterima untuk menjadi salah seorang warga pendidik salah sebuah sekolah rendah islam yang terletak di Seremban ni.
Terima kasih buat ayah dan mama yang tak pernah putus asa memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepada aku.


Walaupun tawaran kerja ni dari sektor swasta, aku bersyukur dengan rezeki yang telah di tetapkan.
Alhamdulillah.
Khamis, 19 November 2009
GSTT
Assalamualaikum.
25. Nov.09 ni aku ada temuduga gstt kat ampangan.
bila baca komen2 orang yang dah pernah ditemuduga aku rasa kecut perut.
macam susah jer soalan yang ditanya oleh penemuduga.
Hmm aku akan cuba buat yang terbaik untuk hari rabu ni.
semoga ada rezeki aku dalam bidang pendidikan.
Amin.....
Isnin, 12 Oktober 2009
Selamat Pengantin Baru
Sabtu, 20 Jun 2009
Assalamualaikum.
Hmm dah lama aku tak up date blog ni.
Rasa rindu plak hehehe....
untuk pengetahuan semua rakan-rakanku, aku masih menjasi penganggur terhormat kat rumah,
hmm rasanya belum bersedia untuk menempuhi alam pekerjaan.
Jadi untuk tak membuang masa aku yang dah memang sedia terbuang, aku ambil keputusan untuk mengikiutu kursus perakaunan yang dianjurkan oleh kementerian sumber manusia.
Kursus tu bermula 1hb julai ni.
Apa yang menarik tentang kursus ni ialah pembelajaran adalah secara percuma dan elaun juga diberi. hehehehe
aktiviti aku kat ru,ah plak macam biasa la macam kerja suri rumah yang lain.
Selain tu, aku jugaj jadi pemandu tak bertauliah kepada mak lang aku.
Kalau dia nak pegi kenduri atau menziarahi saudara-mara aku lah pemandunya.
hehehehe
so samapai dini jer la dulu.
lain kali aku sambung lagi k.
jumpa korang semua masa konvo nanti....
Insyaallah.
Rabu, 20 Mei 2009
percaturan bermula
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, akhirnya tesis aku dapat disiapkan walaupun agak lewat.
Terima kasih kepada keluarga dan teman-teman yang banyak memberi sokongan.
hmm sekarang ni bermulalah aku dalam alam baru.
Alam pekerjaan. sebenarnya belum kerja lagi.
Sekarang ni dalam proses mencar dan menunggu jawapan.
hmm semoga aku dapat menempuh alam ni dengan sebaik yang mungkin.
Insyaallah.
sampai sini jer dulu,
ada masa aku akan kemaskini balik blog ni.
Salam.
Langgan:
Catatan (Atom)










